Salam..
Agak aneh untuk aku menaip pagi pagi buta macam ni..
Sebenarya aku baru balik dari hospital..Mak masuk wad..Sejak Rabu tu mak dah mengadu kat kitorang semua yang dia sakit pedih ulu hati..Jadi semua semua yang bukan doktor tapi konfiden guna pengalaman sendiri ni pun terus diagnos kan mak kena gastrik.. Maka aku belikan mak Gaviscon, Eno dan siap rebus air halia nak kasi mak ok..Selain Harris, aku paling tak suka tengok mak sakit..Aku nak sakit tu datang kat aku..Sebab aku nak jadi hero mak dan protect dia..Sumpah nak!
So tadi lepas Maghrib map call phone aku..Dia kata, 'Amboi sombongnya kamu tak turun tengok mak'..Padahal aku baru settle solat..So, aku turun ke bawah..Mak mintak tolong beli Gaviscon sebab ubat dia dah abis..So aku bawakla Harris dan bibik teman aku beli..Balik rumah tengok mak, abah dan Umar keluar..Aku dah rasa lega sikit..Macam Alhamdulillah, mak dah okayla tu..maybe nak pergi dinner.. So aku naik ke bilik dan main dengan Harris.. Tak lama lepas tu abah pulak call aku suruh datang bilik dia..Aku turun2 tengok mak tengah mengerekot atas katil, berpeluh2 dan mengerang..
Sumpah aku panik masa tu..Jam masa tu dah 10:30 malam. Abah kata nak bawak mak pergi hospital..Terus aku naik salin baju dan bawak mak masuk kereta.Harris kena tinggal sebab maafla, masa tu aku lebih risaukan mak aku..
Dalam kereta mak genggam tangan aku kuat gila..Terus aku teringat masa aku nak bersalin dulu, aku ada genggam tangan Shah kuat2 macam tu..So aku terbayang sakit mak sama macam contraction dulu..Kesian mak.. =(
Sampai sampai Unit Kecemasan Hospital Selayang kena q, amik nombor bla bla..Tapi semua went well.. Abah tanya mak nak pergi Pusrawi tak sebab kesian tengok mak tahan sakit..Mak kata dia nak hospital kerajaan..Lebih jujur bagitau sakit apa dari swasta yang buat bisnes dengan pesakit..Aku setuju..=) So pergi check urine, darah dan siap xray perut dan dada..Result dia kena tunggu 2 jam..
Oh masa tu jam 11:15 malam so dalam pukul 1 am patut dah dapat la result semua..Aku, mak,abah, Reza,Adam dan wife pergi minum dulu kat Selayang Baru..Perut aku dah lapar sangat masa tu maka makan mee goreng..Mak makan capati tapi tak abis..Aku jadi takde selera nak makan..Aku suruh abah bawak mak masuk kereta so dia boleh baring.Selesa sikit..Aku ikut dia lepas tu..Pusing2 semua orang pun nak gerak balik..Aku, abah dan mak kembali ke hospital untuk amik result..Masa tu jam pukul 12:30 am..
Tak sampai hati aku nak suruh mak melangut tunggu turn, aku cakap dengan abah bawak la mak tidur dalam kereta biar aku yang tunggu turn.Nanti sampai turn aku call la.. Pukul 1 am tepat turn mak sampai..Aku pun berlari lari dalam hall tu pergi ke kereta untuk bawak mak masuk.. Ha baru ada gaya kecemasan kan.. =) Tapi aku jadi stress bila dengar Doktor kata dia nak mak masuk wad.Dia nak masukkan air dan observe sambil tunggu second blood test punya result.. Mak suruh aku and abah balik.. Aku suruh abah balik sorang sebab aku nak temankan mak..Then mak kata Harris macam mana?Nanti dia bangun aku takde mesti dia mengamuk.. So dia suruh aku ikut abah balik..Jadi aku mengalah.. Pagi pagi esok aku cakap dengan mak first thing in the morning call aku..Aku nak tau doktor kata apa..Sebab aku overheard doctor cakap mak suspect batu karang..Aiiii Nauzubillah!
So sekarang aku nap try tidur dan berdoa yang terbaik akan berlaku pagi esok, mak keluar wad! Amin....
ps:Lepak lama lama kat wad buat aku rasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kasi.Kesihatan, kasih sayang dan rezeki dalam pelbagai cara..Sapalah aku nak kufur nikmat Allah..Aku sebak dengan budak kecik even ada yang still baby kena masuk air, jarum sana sini..Aku syukur Allah jauhkan semua tu dari Harris, Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment
Be nice and wise.. =)